Tuesday, July 16, 2013

Pergedel Kentang

Pergedel ni antara makanan kegemaran saya. Kalau buat pergedel mesti akan terbayangkan soto. Tapi bila teringatkan masa yang diambil dengan nak tumbuk-tumbuk kentang lagi sampai tiba-tiba rasa macam tengah bersenam, terus ketidak-rajinan melanda. Kalau nak makan sorang-sorang memang takdelah kot nak gigih buat pergedel. Kalau makan satu family takpe. Buat lebih simpan dalam fridge, bila nak makan boleh goreng je. Maka sebelum terlupa sampaikan setiap kali nak buat jerit "mak, lepas ni letak apa?", jadi baik simpan resepi sini untuk rujukan masa depan.


gambar pinjam dari masakan.asia sebab gambar yang diambil sendiri sangat buruk hasilnya. huhu..

Bahan-bahan:
Kentang
Udang kering
Lada sulah
Bawang goreng
Daun sup (potong halus)

Cara-caranya:
  1. Goreng kentang (nak rebus pun boleh, tapi mak kata nanti lembik bila tumbuk tak best)
  2. Tumbuk kentang yang dah digoreng dengan bersungguh-sungguh
  3. Blend udang kering dengan lada sulah yang dah di'sangan' (aiya, parah, lupa la bahasa Melayu sangan tu apa, tp goreng tanpa minyak la)
  4. Gaul kentang dengan udang kering + lada sulah + bawang goreng + daun sup
  5. Bentuk bulat-bulat leper, lepas tu goreng dengan telur (mak paksa campur tepung sikit dalam telur supaya bila goreng tak berbuih. lalala)
**Btw, garam tak diperlukan sebab udang kering dah masin.

Sekian. Boleh makan dengan bahagia. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...