Tuesday, May 24, 2011

'i.e.' vs 'e.g.'

Hari ni baru saya tau yang selama ni saya da tersalah faham.
Ketika melawat-lawat Encik Google, tiba-tiba terjumpa berkenaan benda alah yang selalu saya gunakan ni.

Selama ni saya dok ingat 'i.e.' ni 'in example'.
Rupa-rupanya 'i.e.' ni bermaksud 'that is', berasal dari perkataan Latin 'id est'
Selalu suka-suka hati saya je nak guna 'e.g.' ke 'i.e.' ke, sebab ingat dua-dua sama, interchangeable.
Rupa-rupanya sangat jauh berbeza, dan boleh membawa kepada perbezaan maksud.

Contoh: 
Perodua has produced many compaq cars e.g., MyVi & Viva. (yg ni bg contoh je, so 1,2 contoh da mencukupi)
Perodua has produced many compaq cars i.e., MyVi, Viva, Kancil and Kelisa. (yang ni kita kena senaraikan semua, sebab dia bukan sekadar contoh tetapi adalah kenyataan)

Kalau contoh ni agak berbelit-belit dan kurang difahami, sila rujuk sini untuk penerangan lanjut eh..

Saturday, May 14, 2011

Countdown to IELTS

I am looking to register for IELTS exam tomorrow, and is thinking to sit for the exam either by end of this month or early next month. Therefore, from today onwards, as part of my preparation, mcm poyo je bunyinye, I'll be posting only English entry into this blog. And as a practice to make my ears familiar with the English slang, I've changed my mixpod.com playlist into English song only and included nursery rhymes into it also. tapi ada 1,2 lagu Korea tersesat, xtahan godaan la.

I have started doing some of the listening exercises yesterday, and feel a bit irritated with the slang that they are using. May be because I'm too familiar with Malaysian English, I feel like the persons speaking in the record are trying to exaggerate the sound. Hopefully in these few weeks, I would be able to erase that bad feeling also.

I've been writing without doubt in Malay before this, and would be able to finish an entry in just a few minutes, but this 'first time using English in a blog' syndrom looks like going to make me stuck in front of the PC for sooo many minutes. 

So, ct, please start using back your English frequently starting from today, or else, don't dream to get at least Band 6.5 in your IELTS exam.


ads//: mission not impossible ~ write English, speak English, listen only English news and song & read only English book.... haha, bunyinye macam angan2 yang takkan jadi kenyataan. kalau da lidah Melayu, otak Melayu, tangan Melayu, telinga Melayu tu mengaku je lah..



Monday, May 9, 2011

Ibu... Ibu... Engkaulah Ratu Hatiku

Setiap kali teringatkan mak, walau di mana pun saya berada, ada satu bayangan kekal yang akan sentiasa mengikuti saya walau ke mana-mana pun.

Bayangan mak ajar saya bacaan-bacaan dalam solat atas basikal setiap hari sewaktu menghantar saya ke sekolah tadika.

credit: www.dreamstime.com

Di antara sekian banyak jasa dan perjuangan mak untuk membesarkan saya, entah kenapa memori yang satu ini sangat kuat lekat dalam ingatan.

Emak saya orang kampung, tidak sekolah tinggi bertingkat-tingkat, tetapi didikannya pada saya mengalahkan orang yang ada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Dulu, waktu kecil-kecil, setiap kali nampak anak-anak nakal curi sarang burung tempua, mak akan bercerita tentang sedihnya ibu burung yang bersusah-payah bina tempat perlindungan untuk anak-anak dia, pergi cari makan untuk anak-anak dia, tiba-tiba orang curi sarang dia dan anak-anak dia;
dari situ mak semaikan semangat sayangkan haiwan pada saya.

Dulu, bila saya malas makan, mak akan buat macam-macam jenaka dan imaginasi dari bentuk-bentuk makanan, supaya saya seronok dan berselera untuk makan.

Dulu, waktu kami susah, mak tak pernah sembunyikan apa-apa pun dari saya, jadi sejak kecil saya dah faham untuk tak meminta-minta apa yang mak tak mampu beri pada saya.

Dulu, sebab tak nak saya terlalu stress dengan sekolah, mak tak hantar saya sekolah agama, tapi pendidikan dan penerapan agama yang mak beri pada saya lebih berkesan dari ustazah-ustazah sekolah agama.

Mak ajar saya mengaji tiap-tiap malam dan untuk buat saya bersemangat, mak ajar anak-anak jiran sekali, supaya saya ramai kawan dan ada keinginan untuk bersaing.

Mak bukan jenis yang pukul-pukul, angkat tangan, rotan-rotan, tapi nasihat dan kata-kata yang keluar dari bibir mak, lebih mendalam dari bekas kena rotan.

credit: Encik Google

Bila saya masuk U, waktu final exam bila satu hari ada 2 paper, dan berturut-turut 2,3 hari, saya cari mak mengadu, dan berkat doa mak, saya lulus dengan jayanya.

Bila saya takde duit nak bayar yuran waktu nak sambung ijazah, saya menangis kat tangga sebab malu nak mintak duit mak, mak cuma gelakkan saya sambil hulur duit bayar yuran.

Mak tak suka dengan kamera, tapi bila saya konvo, mak dengan rela hati akan bergambar dengan saya sambil tersenyum lebar.

Bila saya cepat putus asa waktu mula-mula kerja dan tak dapat sesuaikan diri, mak tak putus-putus bagi dorongan untuk saya bertahan, sampai akhirnya saya kekal hampir 5 tahun di syarikat tu.

Sekarang, bila saya bagi mak duit lebih, mak tak pernah fikir kepentingan dia, tapi setiap kali dapat duit lebih tu, dia akan fikir siapa yang dia boleh tolong.

Bila saya beli sesuatu untuk mak, dia akan pastikan saya beli untuk diri sendiri juga.

Bila saya ada masalah, dia lah orang pertama yang akan cuba fikirkan penyelesaiannya.

Mak, Selamat Hari Mak!!
Kakak Sayang Mak.
Mak satu-satunya tanpa pengganti di dunia ni.
Semoga Mak panjang umur dan dapat tengok kakak konvo lagi lepas-lepas ni.
Mak lah kekuatan kakak yang tidak mungkin ada yang dapat menandingi!



Saturday, May 7, 2011

Apakah Yang Dikejar Dalam Hidupmu?

Tiba-tiba terfikir, apakah sebenarnya yang saya kejar dalam hidup ini?

Nama? 
dengan nama saya yang pelik dan menimbulkan curiosity itu, perlukah lagi saya mengejar nama? ngeh ngeh ngeh 

Pangkat?
erk, tak pernah terfikir nak pangkat tinggi-tinggi jadi Professor ke, VC ke bagai...

Harta?
cukuplah sekadarnya, asalkan saya bole berkongsi-kongsi dengan orang keliling dan jangan sampai perlu meminta-minta kepada orang lain. 

Cinta?
erk? tak terkomen rasanya... sesungguhnya hanya cinta Allah yang kekal abadi.

Maka kalau bukan itu semua, apakah yang kau kejar dalam hidupmu?
Ya, apa sebenarnya yang saya kejar dalam hidup ni ye?

Suami yang hensem?
Anak-anak yang comel dan bijak?
Duit yang banyak bole pegi berwisata sebulan sekali dengan jayanya?

Sesungguhnya tiada apa yang kekal di dunia ini.

Suami yang hensem dan penuh cinta akan mati,
Anak-anak yang comel dan bijak akan berkahwin dan tinggalkan kita,
Harta, pangkat dan nama tidak akan boleh dibawa ke liang lahad,
Duit yang banyak gi travel tiap-tiap bulan tu pun, balik travel abis lah, kena kumpul lagi.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu), kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Maka janganlah dikejar harta yang banyak tetapi kejarlah peluang untuk berkongsi harta yang ada dengan orang-orang yang lebih memerlukan,
janganlah dikejar pendidikan yang tinggi untuk mendapat pangkat dan nama, tapi kejarlah peluang untuk berkongsi ilmu dengan orang lain melalui pendidikan itu,
dan janganlah dikejar anak-anak yang comel, tetapi kejarlah peluang untuk mendidik anak-anak itu menjadi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah.....
erk, nak kejar yang ni kena kawin la pulak, nak kawin, kena carik calon la pulak... terpaksa terkedu lagi sekali...

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara.
Kejarlah dan beramallah untuk akhirat, kerana itu yang abadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...